Hari ini saya akan berkongsi pengalaman dengan anda,bagaimana cara membaiki barangan elektrik dan elektronik.mudah tetapi memerlukan sedikit keberanian untuk melakukannya atau ada yang mahu berkongsi pengalaman di sini.
Sistem yang dijumpai dipasaran menggunakan dua sistem yaitu manual dan elektronik. Bagi sistem elektronik, anda harus berhati-hati jika ingin membaikinya sendiri dan anda harus mempunyai asas elektrik dan elektronik.
Contoh barangan yang akan kita bincangkan di sini...
1.Mesin basuh automatik
2.Peti sejuk
3.Air cond
Banyak perkara yang menyebabkan komponennya sering rosak. Salah satu sebabnya adalah kerana penggunaan atau karena faktor usia komponen itu sendiri.

-pemutar skru
-spana
-multi meter
-alat pemeteri
-dll
Apa sahaja kerosakan yang selalu kita jumpa pada mesin basuh?
-air tidak keluar.
-air tidak masuk.
-air keluar perlahan - lahan
-air masuk perlahan - lahan
-tidak boleh membasuh
-tidak boleh mengeringkan
-bunyi bising di waktu pengeringan
-basuhan tidak bersih,kurang kuat daya pusingan
Getah pembuangan air

Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat disitu atau termasuk duit siling.
Caranya periksa getah dekatan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotaran atau duit siling yang melekat disitu.
Water pam

Hidupkan mesin basuh dan periksa volt ac menggunakan multi meter pada water pam biasanya 230v ac, Jika ada, pam air harus diganti baru.

Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan kotoran atau duit siling.
4.air masuk perlahan - lahan
Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini karena ianya juga sudah tersumbat. Lihat contoh gambar di atas.
5.Tidak boleh membasuh
Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya:
-Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.
Getah pada motor

![]() |
atau piring bahagian dalam sudah longgar, kekerapan membasuh akan menyebabkan semakin lama gigi pada piring menjadi haus atau batang besi sudah patah. Ini karena beban pakaian terlalu banyak. |

Level air
Jika level air tidak berfungsi dengan baik untuk meyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor. Jadi ianya tidak akan boleh membasuh..Getah ini selalunya ia terletak bahagian atas belakang...ciri ciri nya terdapat 2 atau 3 wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble bahagian bawah.
6.Tidak boleh mengeringkan.
cth: Selenoid

Sewaktu anda menekan butang spin, alarmnya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukan selenoid.
7.Bunyi bising sewaktu pengeringan
Ini berpunca dari bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. Ini karena cara membukanya komponen ini terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.
8.Basuhan tidak bersih atau kurang kuat daya pusingannya.

Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru.
atau piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus??
2.PETI SEJUK
1.Peti kurang sejuk
Peti kurang sejuk bukan berati gas sudah habis,cuba lihat dahulu bahagian tempat beku (frezer) apakah dia terdapat ais di bahagian diding peti?
Glass heater
jika ya, berati gas tidak habis,tetapi heater nya tidak berfunggsi dengan baik,
heater ada 2 bentuk pertama berbentuk kaca (glass heater) yang kedua melekat di dekat paip gas yang berbentuk paip almanium.
untuk melihat heater tersebut berfungsi dengan baik atau tidak boleh kita cuba dengan tegangan 230v ac di kedua dua wayar tersebut.
Contoh heater yang melekat pada paip gas

Thermastat heater

Thermastat heater
thermostat heater berfunggsi sebagai suis sejuk,ia akan secara automatic on bila ia di paras beku.
selalu nya thermostat heater ini rosak, bila ia sudah masuk air atau warna di dalam plastik nya sudah kelihatan kotor.
Timer
timer: ia berfunggsi untuk pembagi masa,on compresor atau heater,kalau ia rosak di kedudukan heater maka compresor tidak akan hidup,dan sebalik nya.

Thermostat temperature

barang barang di atas adalah penyakit yang lazim saya jumpa.
untuk pertanyaan atau pemanbahan PM saya.
penghawa dingin (aircond)

selalu nya gas yang di gunakan adalah gas R22.
beberapa barang yang ada di dalam autdoor ini yaitu:
-kompresor
-kondensor
-kapasitor
-fan (kipas)
-gas

kotoran
jika kita rasa kurang sejuk cuba periksa kotoran habuk yang melekat pada kipas indorr ini menyebabkan angin yang keluar tidak begitu laju.
dan jika kita sidah membersihkan kipas dan angin tersebut juga tidak terlalu kuat,maka anda harus menukar capasitor dan kalau tidak boleh juga maka fan motor harus di ganti.
Kipas autdoor tidak begitu kuat.
jika kipas autdoor tidak begitu kuat atau langsung tidak menyala,ia akan menyebabkan kompresor akan mati dengan sendirinya,ini karena kompresor sudah terlalu panas,caranya cuba ganti kapasitor yang bewarna hitam seperti contoh dibawah.kalau juga tdak laju,motor kipas harus di ganti yang baru.
Kapasitor
cuba perhatikan dan dengar baik ,apakah kompresor anda sebentar on dan sebentar off tetapi kipas aut door tetap hidup,selalu nya ini di sebabkan oleh kapasitor yang sudah rosak,cuba ganti dan test kembali.
kapasitor yang warna putih seperti contoh di sebelah.
Errors
jika kita lihat pada display indorr dia di tulis ER,ini selalu nya sensor temperature dah rusak.
Gas
untuk melihat gas cukup atau tidak kita boleh melihat dari udara yang kita rasakan, lihat di autdorr apakah udara yang keluar cukup panas,jika udara tersebut tidak cukup panas maka gas sudah berkurangan.
untuk pertanyaan atau saran sila PM saya..